Yasminosaurus So Yummy
Image Hosted by FileHive.com
By: Yasminosaurus AFK

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[Archive]
Sunday, 15-Apr-2007 06:01 Email | Share | | Bookmark
Pulut gaul nyior ngan ikan panggang

What a simple yet yummy dish!
Ikan selayang panggang
Kami semua tak sihat. Y demam, pas tu gi klinik. Kita lak demam. F lak migraine...adehhhh...kita pun tak de mood nak masak. Tapi semalam dah rendam beras pulut coz' ada kelapa parut almost expiring...ikan selayang pun ada dalam 6 ekor...so apa lagi...hentam kromo ajelah buat dish yang nostalgia...breakfast zaman kecik-kecik dulu...mak kita sokmo buat...best!!!

Resipi sempoi aje:

1) 3 cawan beras pulut (ikut suka banyak mana), kita buat 3 cups - rendam at least 2 jam supaya senang nak kukus, tak yah amik masa panjang sangat. Toskan sebelum dikukus.

2) 1-2 helai daun pandan - Letak kat dalam kukusan, then baru letak beras pulut yang dah ditoskan.

3) Sedikit santan cair yang dicampur sedikit garam.

Then kukus....bila dah setengah masak, masukkan santan cair yang dah dicampur ngan garam tu.

Teruskan kukus sampai masak.

Ikan pulak, simple aje. Dah bersihkan terus panggang atas grill. Tak yah letak apa-apa.

Untuk hidang, amik beras pulut sikit, then goreng kejap, biar jadi brownish. Then kelapa parut tu campur ngan gula (1 or 2 tsp) and garam (1/2 tsp), ikut suka lah, asal rasa lemak-lemak masin gitu.

Tabur beras pulut goreng dan kelapa parut atas pulut yang dah masak. Hidang bersama ikan panggang (selayang is the best I think) Voila!

ENJOY!


Saturday, 7-Apr-2007 17:17 Email | Share | | Bookmark
Yumms!!!

 
Hubby and Y loved this and I simply must make again (only must remember too to use less fish sauce, it was rather salty! Errkk!)

Mee Hoon Goreng Ala Jepun

Sumber : Nina

Bahan-bahan


Bawang Putih (Setengah kampit mee hoon dalam 4 ulas yg besar)
Cili api 4 atau 5 ok kot tak pedas sangat
Udang kering 1 genggam
(Tumbuk bahan-bahan di atas, jangan terlalu halus just pecahkan aje)
Kicap cair sikit
Kicap manis
Sos tiram
Kicap sotong (I don't have this, so I omitted it)
Sos ikan (nampla)
Udang
Daging
Sayur sawi
Kobis
Taugeh
Kucai kalau nak tambah lagi

Cara-cara

1. Memula panaskan minyak high pressure punye api. Campak udang just kejap aje utk dia kelihatan fresh dan manisnya tak hilang . Kalau kuali kecik mau menyambar api lam kuali itu yang buat kick tu.

2. Angkat udang tersebut. Ketepikan.

3. Masukkan apa yang kita tumbuk tadi dan cepat masukkan daging sekali (Sebab apinya kuat takut hangit pula bawang putih dan cili serta udang kering tersebut.)

4. Masukan kicap manis , sos ikan , kicap sotong , sos tiram dan soya sos. garam secubit mcm tu sebb kicap dah ada garam serta sgala sos tu dan gula sedikit saja.

5. Masukan air asam jawa kena cepat cepat kasi api tu masuk kuali. Kasi medidih seketika utk pekatkan kuah tu sikit.

6. Masukkan meehun gaul rata dan udang yang digoreng awal tadi (masa masukkan meehun kecilkan api seketika).

7. Agak dah rata kicapnya masukan sayur dan ahkir sekali kobis dan taugeh tutup api. Tapi jangan dibiarkan mee hoon di dalam kuali sebab nanti sayur akan kekuningan sebab kita pakai api yang kuat. (Masa masuk sayur kuatkan api sebentar lepas tu tutup)


Thursday, 5-Apr-2007 16:16 Email | Share | | Bookmark
Baja perut...burp!

Butter prawns
Ayam cacamarba daa...
Golden tofu with mixed vege
View all 4 photos...
Hmmm...long story short, I am gaining weight steadily with all these dishes...NOT GOOD!


Monday, 2-Apr-2007 14:39 Email | Share | | Bookmark
Food...glorious food...

Gulai ikan (tak tahu nama ikan...duhh!)
Mixed vege with prawns (shrimps kot?) Heh.
Ahhh...semerbak bau sambal belacanku...*drool*
View all 12 photos...
These are old peekchures...hehe...

Some of the lauk-pauk made for family meals throughout the months (ok, ok, I think these are from February album...yikes!)


Sunday, 1-Apr-2007 12:00 Email | Share | | Bookmark
Test! Test!

Bubur chacha
Sexy ke cencaru ni?
Sayur lemak
Hmm...ini nak try Fotopages pulak la...

Lunch/dinner some time ago...cencaru sumbat dan sayur lemak - resipi pinjam Kak Hanieliza punya as follows: (Terima kasih Kak Hanieliza ye!)

CENCARU BELAH BELAKANG

Bahan
4 ekor ikan cencaru [dicuci dan dibelah dibelakang]
minyak

Bahan Sambal/Mesin
2 batang serai [racikkan]
4 ulas bawang merah
6 tangkai cili merah
2 s/b kelapa parut
garam dan gula secukup rasa
1/2 cawan
daun kunyit [mayang halus]
3 biji limau kaasturi [belah 2 dan buangkan biji]

Cara membuat
1. Mesinkan bahan sambal dan gaulkan dengan daun kunyit.
2. Sumbatkan sambal kedalam/belakang ikan cencaru.
3. Panaskan minyak dan gorengkan ikan sehingga garing..
4. Terbalikkan ikan supaya garing dikedua2 belah ikan tu.
5. Bila dah masak hidangkan dalam pinggan.
6. Hiaskan dengan salad dan limau kasturi supaya semasa makan boleh diperahkan limau untuk menambah perisa sambal dalam ikan.

SAYUR LEMAK KOBIS

Bahan
1 biji kobis manis [yg kecil dan ada warna hijau sikit2 tu]
1 biji carrot kecil
1 labu bawang besar [mayang]
2 biji cili merah [mayang]
2 1s/besar udang kering/ikan bilis
2 cawan santan pekat
garam
sikit air

Cara
1. Masukkan semua bahan kecuali santan pekat dalam periuk dan renehkan sehingga mendideh.
2. Bila dan mendideh masukkan santan pekat dan kacau sehingga mendideh sekali lagi.
3. Tutup api dan hidangkan bersama sebarang masakan sambal tumis.


And... bubur cha cha yang dibeli (raw ingredients in packet) balik umah masak aje (tambah santan, gula merah, sagu....) semuanya yummy. Two thumbs up from my family! Yeay!


[Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net